Proham Logo

Proham Logo

Thursday 14 November 2013

Negara Islam desak Malaysia lebih prihatin hak asasi manusia

The Malaysian Insider

bahasa

Negara Islam desak Malaysia lebih prihatin hak asasi manusia

Andrew Khoo ketika berucap di majlis diskusi pasca UPR anjuran Proham di MBPJ. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 November, 2013.Andrew Khoo ketika berucap di majlis diskusi pasca UPR anjuran Proham di MBPJ. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 November, 2013.























Selain negara Barat, negara-negara Islam turut mendesak Malaysia untuk melindungi hak etnik dan agama minoriti serta mengambil lebih perhatian terhadap isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara serta berpersatuan, kata peguam.

Ini membuktikan bahawa menandatangani perjanjian laporan hasil Semakan Berkala Sejagat (UPR) bukan sebahagian daripada agenda Barat yang kononnya cuba menggugat kedudukan Islam di negara ini seperti didakwa sesetengah badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo, berkata  kontroversi mengenai perjanjian itu tercetus akibat tindakan NGO tersebut dikatakan cuba memperbesarkan isu seperti LGBT atau hak kebebasan beragama sedangkan ia bukan agenda utama dalam perbincangan UPR.
"Berdasarkan senarai  negara yang menyertai persidangan berkenaan kebanyakannya ialah negara Islam seperti Mesir, Tunisia dan Algeria.

"Mereka juga menolak dakwaan bahawa konvensyen antarabangsa seperti UPR adalah agenda Barat dan ia langsung tidak menjejaskan kedudukan umat Islam," katanya selepas program diskusi berhubung laporan UPR di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Diskusi bersama kumpulan hak asasi manusia Proham ditubuhkan oleh bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) seperti Tan Sri Simon Sipaun, Prof Datuk Hamdan Adnan dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Khoo  berkata, ketika di Geneva, Switzerland baru-baru ini, negara Islam juga menggalakkan Malaysia lebih aktif  dalam konvesyen antarabangsa bagi mengukuhkan imej global di kalangan masyarakat antarabangsa.

"Dalam terma hak asasi, pembabitan Malaysia dalam persidangan antarabangsa masih kurang berbanding Indonesia dan dalam tempoh berpuluh tahun, kita hanya menandatagani tiga daripada sembilan perjanjian melibatkan hak asasi," katanya.

Sebelum ini NGO Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) lantang membantah proses UPR yang dikatakan mengugat kedaulatan dan kedudukan  Islam di negara ini.

Pertubuhan itu mendakwa,  syor atau cadangan yang dikemukakan kepada UPR adalah pakatan kumpulan NGO bersifat liberal yang dikatakan ejen barat.

Khoo berkata, imej Malaysia tercemar kerana pelaksanaan Akta Pencegahan Jenayah  PCA yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).

"Pelaksanaan PCA yang membenarkan tahanan ditahan tanpa memberi peluang untuk dibicara menjejaskan rekod hak asasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Perkara itu sendiri diakui beberapa delegasi negara lain apabila pada mulanya memandang tinggi pada kerajaan Malaysia menghapuskan ISA bagaimanapun ia berubah apabila Parlimen meluluskan PCA," katanya.

Sebanyak 104 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil bahagian dalam UPR.

Sepanjang tempoh semakan, sebanyak 232 syor dikemuka kepada Malaysia oleh negara Asean yang mengutarakan pelbagai komen dan cadangan. - 15 November, 2013.

No comments:

Post a Comment