Proham Logo

Proham Logo

Friday 20 March 2015

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUM HUDUD

PROHAM menggesa semua parti politik untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan dan Perkara 4 memperuntukkan bahawa mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan, hendaklah setakat ketidakselarasan itu, terbatal.
Perkara 74 memperuntukkan bahawa Parlimen Malaysia boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama (iaitu Senarai Pertama atau Ketiga) yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan. Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebut tersenarai dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua) atau Senarai Bersama.
Selanjutnya Perkara 75 memperuntukkan bahawa jika mana-mana undang-undang negeri tidak selaras dengan undang-undang persekutuan, undang-undang persekutuan akan diguna pakai dan undang-undang negeri itu hendaklah, setakat ketidakselarasan itu, terbatal.
Undang-undang Ketenteraman Awam, Undang-undang Jenayah dan Penciptaan Kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan termasuk dalam Senarai Pertama Jadual Kesembilan dan dengan itu sama sekali dalam bidang kuasa Parlimen. Dewan Undangan Negeri tidak boleh meluluskan undang-undang tersebut.
Oleh itu, kelulusan baru-baru ini Kod Syariah Jenayah II 1993 (iaitu Hukum Hudud) adalah ultra vires Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, tidak sah di bawah Perkara 4 dan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.
Di samping itu, Undang-undang Hudud melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan dan tanpa diskriminasi.
Memandangkan itu, PROHAM menggesa semua ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen untuk menjunjung dan menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi Malaysia.
Dikeluarkan oleh Datuk Kuthubul Zaman Bukhari (Pengerusi Proham)
20hb Mac 2015

No comments:

Post a Comment