Proham Logo

Proham Logo

Wednesday 23 October 2013

DITUNTUT BERTANGGUNGJAWAB MELALUI SATU PROSES PENILAIAN SEJAGAT - HAK ASASI MANUSIA & MASYARAKAT MALAYSIA

Mohd Sha'ani Abdullah di perbincangan
Oleh Datuk Dr Denison Jayasooria ( Setiausaha Agung, Proham )
Translated from English by Muhammad shaiani Abdullah (Proham member)

Timbul kebimbangan ke atas cara segelintir pegawai awam dan pemimpin NGO yang mengulaskan kedudukan hak asasi manusia dalam masyarakat Malaysia. Ada yang memberi gambaran bahawa Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah satu rangka kerja pilihan ataupun tidak benar-benar sejagat dalam sifatnya, yang lain telah merujuk kepadanya sebagai ciptaan barat dan ada yang menggambarkannya sebagai anti atau un-Islamik.

Didapati terlalu sedikit pemahaman mengenai hak asasi manusia di kalangan individu-individu dan kumpulan, sebagai wacana popular mereka seolah-olah separuh benar yang melemahkan semangat dan teras hak asasi manusia dalam masyarakat Malaysia.

Proham amatu bimbang melihat pendapat dan pandangan dikongsi oleh Menteri-menteri dalam kerajaan Persekutuan sekarang atau di kalangan ahli-ahli Parlimen penyokong BN, sertan kakitangan awam persekutuan. Pastinya wujud kegagalan untuk memahami kedudukan hak asasi manusia dalam kehidupan global dan nasional.

Sebagai sorotan menuju proses penilaian UPR Malaysia, Proham menganjurkan satu perbincangan pada 22 Okt 2013 untuk menyemak status hak asasi manusia di Malaysia. Satu pasukan kecil kira-kira 20 orang yang mengambil bahagian dalam perbincangan yang sangat berhasil. Dalam perbincangan ini beberapa tema utama dan kesimpulan telah dikenalpasti.

Proses UPR & pematuhan Hak Asasi Manusia

Proses Penilaian Penggalan Sejabat (Universal Periodic Review, UPR) terdapat beberapa batasan dalam pemahaman oleh kumpulan-kumpulan tertentu. PBB telah memperkenalkan penilian rakan negara-negara anggota PBB melalui satu resolusi PBB pada 2006. Kerajaan, pasukan negara PBB dan masyarakat sivil berpeluang untuk membuat penghujahan. Laporan-laporan ini telah didokumenkan dan boleh didapati di laman web Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Serangan oleh pihak-pihak tertentu ke atas Gabungan NGO-NGO Malaysia untuk UPR (Comango) yang telah menjalankan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan serta sejajar dengan garis panduan UPR, tidak boleh diterima dan melanggar hak asasi manusia. Ia juga mendedahkan kejahilan tentang sistem PBB serta proses UPR.

Pada laporan 2013 kerajaan Malaysia ke PBB, telah menunjukkan komitmen Malaysia "untuk menegakkan hak asasi manusia". Malaysia mererima 62 daripada 103 cadangan UPR yang dibuat pada tahun 2009 dan telah membuat ikrar global untuk memenuhinya. Oleh itu, proses UPR pada 24 Okt 2013 di Geneva akan menyediakan Malaysia peluang untuk berkongsi apa yang telah dilaksanakan dan tidak dilaksanakan untuk hak asasi manusia.

Ia adalah penting bagi pegawai-pegawai awam Persekutuan untuk mengambil tahu tentang janji dan komitmen Malaysia dan menilai secara objektif bidang-bidang yang telah membuat pencapaian baik serta juga mengakui bidang-bidang yang kita tidak memenuhi standard global. Ini adalah satu proses yang amat telus dan penilaian hak asasi manusia akan kenalpasti kekuatan dan kelemahan kita.

Oleh itu adalah penting untuk menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib memulakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan komitmen yang kuat untuk hak asasi manusia. Beliau telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menyediakan perubahan perundangan untuk mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia. Malaysia kini merupakan ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan telah membuat sumbangan kewangan kepada kerja-kerja PBB.

Semasa Proses UPR pertama pada tahun 2009, Malaysia telah membuat beberapa komitmen global yang jelas terhadap hak asasi manusia dan oleh itu kritikan oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu meletakkan Malaysia dalam keadaan yang sangat buruk dan juga melemahkan inisiatif Perdana Menteri apabila beliau mengambil alih jawatan sebagai PM.

Ia adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa Malaysia telah menandatangani Perisytiharan Hak Asasi Manusia Islam Kaherah yang digubal oleh negara-negara anggota OIC. Nampaknya terlalu kecil kesedaran tentang ini terutamanya apabila terdapat banyak kesamaan antara UDHR dan Perisytiharan Kaherah.

Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan

Dalam pembentangan Tan Sri Simon Sipaun, Pengerusi Proham menyatakan bahawa seawal tahun 2001, SUHAKAM telah mencadangkan kepada kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan. Amat mengecewakan kerana pada tahun 2013 ia masih tidak dilakukan walaupun Malaysia telah membuat komitmen pada tahun 2009 semasa proses UPR pertama. Laporan kerajaan menunjukkan bahawa hanya pada tahun 2012 Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri telah menubuhkan satu jawatankuasa pemandu bagi menyelaras pembangunan pelan tersebut.

Ia telah mengambil lebih satu dekad bagi kerajaan Persekutuan untuk mengambil cadangan SUHAKAM. Kelewatan dalam perlaksanaan ini bercanggah usaha-usaha PM yang penyampaian yang berkesan.

Pengesahan Konvensyen Hak Asasi Manusia PBB

Pengesahan konvensyen teras hak asasi manusia adalah satu lagi bidang utama yang menjadi kebimbangan. Malaysia sebagai sebuah negara adalah terlalu di belakang dalam rekod pengesahan konvensyen hak asasi manusia. Pada tahun 2009 Malaysia menyatakan bahawa ia serius akan mempertimbangkan Konvensyen mengenai hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan (ICESCR) dan Konvensyen mengenai penghapusan diskriminasi kaum (ICERD). Walau bagaimanapun Malaysia masih ketinggalan dalam melaksanakan ini.

Berbanding dengan negara-negara anggota Asean dan negara-negara OIC kita berada di bawah dari segi pengesahan sembilan konvensyen teras hak asasi manusia. Terdapat keperluan segera bagi Malaysia untuk mewujudkan kesedaran dan pemahaman dalam bidang ini.

Penahanan Tanpa Bicara

Laporan kerajaan menyatakan "langkah-langkah yang lebih drastik yang diambil oleh Kerajaan yang menekankan usaha serius dan komitmen untuk melindungi hak asasi manusia di Malaysia adalah pemansuhan ISA yang paling dikritik ... yang merupakan undang-undang pencegahan"

Walau bagaimanapun pengenalan yang terbaru ini, Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan 2013) dengan peruntukan penahanan tanpa perbicaraan dilihat sebagai satu langkah regresif terutamanya perlindungan semakan kehakiman dan akses kepada peguam undang-undang ketara dihadkan.

Akta ini oleh pentadbiran Najib dan justifikasi yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Polis adalah menunjukkan bagaimana rendah agenda pematuhan hak asasi manusia dalam tangkapan penjenayah yang disyaki dan kumpulan-kumpulan penjenayah.

ProHAM telah mengambil pendiran bahawa kerajaan mesti tegas terhadap jenayah tetapi juga menangani punca jenayah. Ia boleh menjalankan kawalan dan pencegahan jenayah tanpa menjejaskan hak asasi manusia.

Kebebasan Beragama
Terdapat isu-isu utama yang berkaitan dengan kebebasan beragama bagi kedua-dua orang Islam dan bukan Islam.

Laporan negara PBB menyatakan bahawa "peningkatan dalam ideologi Islam konservatif diterajui oleh kerajaan mengancam keupayaan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dalam bentuk dan kandungan daripada yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama."

Datuk A Vathilingam menyatakan bahawa manakala laporan kerajaan Malaysia menonjolkan kedudukan sistem undang-undang Syariah, bagaimanapun ia tidak mengenalpasti isu-isu yang masih tidak dapat diselesaikan berkaitan dengan orang bukan Islam dalam hal-hal memeluk agama Islam atau keluar dari Islam. Ini tidak disebut dalam mana-mana tiga laporan.

Beliau menyatakan bahawa hak penjagaan anak setelah perceraian apabila satu pihak yang baru memeluk agama Islam dan isteri yang tidak; isu pengebumian untuk pengesahan pengakuan memeluk agama Islam si-mati sebelum penukaran mereka dibuat pengetahuan umum terus menjadi membimbangkan.

Menurut beliau punca ini adalah pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A ) ke atas bidang kuasa mahkamah sivil dan Syariah terutama apabila mahkamah sivil tidak mahu menjalankan bidangkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendengar kes-kes tersebut.

Perhubung penggunaan perkataan Arab Allah oleh Kristian Berbahasa Malaysia untuk Tuhan, Tan Sri Ramon Navaratnam yang tidak menghadiri perbincangan bagaimanapun telah kemukakan secara bertulis pandangan beliau mengenai kebebasan beragama.

Beliau menegaskan bahawa "tiada pelanggaran hak asasi manusia yang penting berbanding dengan penafian hak asasi manusia seseorang untuk memanggil Tuhan dengan apa-apa nama seseorang memilih untuk berbuat demikian. Ini adalah hak asasi manusia dan suci yang mesti dilindungi oleh kerajaan dan semua yang Malaysia, untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan negara dan seruan PM untuk kesederhanaan. Beliau juga menyatakan bahawa "kita perlu juga melihat bukti sikap tidak bertoleransi Kerajaan terhadap ekstremisme dan pelampau, untuk semua rakyat Malaysia dijamin bahawa Kerajaan benar-benar bermaksud apa yang dikatakan dan berkata apa yang dimaksudkan, supaya tiada yang menyakiti perasaan orang lain"

Proham telah mengambil pendirian bahawa terdapat hakisan kebebasan beragama dengan peningkatan sikap tidak bertoleransi  pegawai-pegawai awam menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam. Terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan saluran pengantaraan masyarakat berkesan untuk menyelesaikan banyak kebimbangan dalam masyarakat pelbagai etnik dan pelbagai agama.

Kesimpulan

Tan Sri Simon Sipaun mengakui bahawa "objektif unggul mewujudkan budaya menghormati hak asasi manusia di negara ini masih menjadi mimpi. Walau bagaimanapun menyerah kalah bukannya penyelesaian. Ia juga bukan satu pilihan."

Oleh itu, kita mempunyai tugas bersama dengan Kerajaan dan aktivis hak asasi manusia melalui proses perundingan sebagai rakan dan pembela hak asasi manusia supaya dapat membina sebuah negara dengan komitmen yang tinggi untuk hak asasi manusia, keadilan dan kesaksamaan bagi semua manusia tanpa mengira kaum, agama jantina, asal usul, kelas dan kedudukan sosio-ekonomi.

No comments:

Post a Comment